1/21/10

jom tambah maklumat mengenai ::kom::pu::ter

Teknologi Maklumat merupakan gabungan teknologi elektronik mikro,telekomunikasidan komputer yang berkaitan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan.video,gambar dan sebagainya kepada individu yang menggunakannya secara elektronik dan teratur:

perkembangan teknologi maklumat:

Generasi Pertama berlaku sekitar tahun 1951 hingga 1958

komputer pada zaman ini menggunakan tiub vakum sebagai elemen logik utama.Input untuk komputer menggunakan kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran daripada komputer dan dilakukan dengan menggunakan drum magnetik.Aturcara ditulis dengan menggunakan bahasa mesin.


Generasi Kedua berlaku sekitar tahun 1959 hingga 1963

Komputer pada zaman ini telah berubah iaitu menggunakan transistor sebagai elemen logik utamanya.manakala kad tebuk telah diganti denganpita magnetik dan cakera.Selain itu bahasa yang digunakan juga melibatkan aras yang tinggi iaitu fortran dan cobol.

Generasi Ketiga berlaku sekitar tahun 1964 hingga 1979

komputer generasi ini telah menggantikan transistor kepada litar bersepadu.Pada ketika ini gelung magnetik telah berfungsi sebagai ingatan dalaman iaitu MOS dan litar bersepadu menggunakan cip silikon.Pada tahun 1975 BILL GATES dan MICROSOFT memulakan penciptaannya untuk kegunaan komputer.

Generasi Keempat berlaku selepas generasi ketiga sehingga sekarang

Generasi ini telah menggunakan litar bersepadu berskala. Mikroprosessor yg mngndungi litar ingatan,logik, dan kawalan direka dalam satu cip sahaja.Bahasa pengaturcaraan generasi ini telah dipasarkan seperti Visual C++ dan Visual Basic.

selamat menjejaki baris2 ayat di atas.......:)

(sumber:teknologi dan sistem maklumat)

No comments: