2/24/10

kemelut BAHASA MELAYU

salam....
lama tak tulis blog ney...
sbnrnya tak tulis sbb mood kampung tak abeh lg....
tapi hari ney tak lagi...
mood da mai balik dah...huhuhu


tujuan utama tulis balik blog ney bukan nak crita pasal mood
tapi.....
pasal bahasa ibunda aku...
apa lagi bahasa melayu la...
td masa aku baca surat khabar aku tertarik dengan satu ruang yang mmbicara pasal BM....
tulisan yang menghiasi ruang tu ialah "kemelut bahasa melayu"
::mampukah kedudukan dipertahankan seperti dalam Perlembagaan Negara::
sekarang kita semua sedia maklum bahawa mengagungkan bahasa asing dan pelaksanaan PPSMI dulu telah menyebabkan BM diserang penyakit kronik yang boleh membawa maut(kepupusan bahasa) dan...
menurut ilmuan bukan melayu ranjau yg terpaksa dilalui BM apabila mereka nampak lebih melayu berbanding bangsa melayu sendiri.........
ADAKAH ANDA PERASAN!!!!!

beberapa ilmuan terkemuka telah memberi pandangan dan amat sedih dengan penyakit yang dihidapi oleh BM..
antaranya....
~~ Dr. Ridhuan Tee Abdullah (pensyarah UPNM)
"beliau sebagai cina muslim amat begitu simpati dengan nasib bahasa melayu.Soal bahasa adalah perkara besar kerana ia boleh menjadi maruah bangsa..persoalannya sekarang siapa yang akan memartabatkan bahasa kebangsaan untuk memelihara maruah negara.. oleh itu kita semua harus bertolak ansur dalam memelihara maruah negara........
jika jiwa pihak atasan sudah tiada melayu bagaimana caranya untuk mendidik jiwa orang bawahan untuk mencintai bahasa rasmi sendiri,"
~~Dr. S Nathesan Sellapan (pensyarah OUM)
"beliau berpandangan bahawa BM bukan sahaja untuk orang melayu tetapi adalah bahasa bangsa Malaysia yang perlu diselaraskan dengan konsep 1Malaysia.Perjuangan ini tidak boleh dilakukan oleh bangsa melayu sahaja."

* kemelut yang dihadapi oleh BM haruslah diselesaikan kerana hanya ilmu didala bahasa rasminegara ini akan dapat membina peradaban dan memantapkan negara.orang yang tidak pandai tentang bahasanya sendiri tidak layak untuk menjadi wakil rakyat dan mentadbir negaranya....*

*oleh itu untuk menghapuskan kemelut ini kita sebagai bangsanya haruslah mengatur langkah seperti mengambil kesempatan terhadap kemajuan teknologi dan menjadikannya sebagai medium untuk memperkenal keistimewaan BM dan mengukuhkan lagi penguasaannya..*
baca................hayati.............renunglah................... NASIB BM.
harapanku agar generasi pewaris mampu memelihara BM.
doakan BM kan menjadi bahasa terbaik dunia.
~~aminnn~~
nak gtau crita ney aku taw selepas baca BERITA HARIAN (rabu, 24 februari 2010)



pandanganku::::sedih aku rasa dengan kenazakan bahasa melayu sekarang..bayangkan keratan ini merupakan penilaian para ilmuan terhadap bahasa melayu...amt sedih bila mereka berkata bahasa melayu tiada pewaris kerana pewaris sebenarnya lebih mengagungkan bahasa lain..:(

2/6/10

SUMBANGAN IT DALAM BIDANG PENDIDIKAN

salam....


Teknologi Maklumat pada masa sekarang dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada penggunanya terutama dalam sektor mendidik anak bangsa iaitu PENDIDIKAN..

Teknologi Maklumat mampu menjadi penghubung kepada guru,pelajar,ibu bapa dan pihak di peringkat atasan. Antara sumbangan IT ialah

i)menyediakan peluang untuk penambahbaikan mutu pendidikan di semua peringkat termasuk IPT.

ii)menyokong untuk memenuhi kehendak individu dalam program pendidikan.

iii)menyediakan peluang untuk belajar dengan luas dalam konteks sumber asli.

iv)menyediakan alat yang membolehkan guru pelatih meningkatkan kualiti dan proses kognitif.


Manakala aktiviti yang boleh mereka lakukan ialah:

i)dapat berkongsi dan bertukar pendapat mengenai proses P&P
ii)ibu bapa , guru ,pelajar ,mahasiswa ,pensyarah berhubung secara on-line.
iii)menggalakkan perkembangan bahasa
iv)pelajar dapat berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar projek sekolah lain


dan banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat berkenaan dengan IT neyy..




pandanganku:::::::::::it memang baik kalau kita pandai memanfaatkannya...it ney bila diguna dalam pendidikan dapat memudahkan proses pembelajaran tetapi tak semua dapat menikmati kemudahan ini sebab tak semua sek. dapat kemudahan it ney.cthnya..kawasan pedalaman yang susah untuk mengakses internet..

::SEJARAH ICT::

salam ukhwah wat semua....
hari ney aku terbaca satu "cerita" pasal ICT ....
cerita dia menarik juga sebab aku banyak tambah maklumat pada diri aku
yang memang diakui tak pandai bab teknologi komputer neyyy....
jadi...
apa yang aku baca tu aku nak jadikan cerita kat dalam blog aku ney..


sejarah ict

internet@ Internasional Network
realitinya internet telah bermula di AS pd 1969 iaitu satu rangkaian yang yg dikenali sbg ARPANET(Advance Research Projects Agency Network)
1972 ARPANET guna NCP(Network Control Protocol) utk pindah @ bagi laluan kpd pgguna untuk berkomunikasi dan tahun ini juga E-MEL diperkenalkan. Tujuannya untuk memudahkan pgguna berkomunikasi melalui maya tanpa sempadan.
1982 NCP telah berubah kepada TCP yg telah diperkembangkan o sekumpulan penyelidik. Protokol ini telah membolehkan pelbagai rangkaian komputer berhubung.
Pada ketika ini juga istilah INTERNET telah diguna secara rasmi...

INTERNET kat MALAYSIA

Malaysia meletakkan ict ney dalam RRJP 3(2001-2010)
kewujudan INTERNET di MALAYSIA bermula apabila Rangkaian Komputer(RangKom) diwujudkan pada tahun 1987
MIMOS ditubuhkan pada 1985 yng bertanggungjawab merealisasikan perkhidmatan INTERNET kerana projek RangKom terbesar menjadi projek JARING(Joint Advanced Research Integrated Network) pada 1991

ERA INTERNET DI MALAYSIA
i) JARING
ii) TMNet
iii)MAXIS

K...selamat menjejak blog ney....
jgn lupa komen:)

2/5/10

BELAJAR BAHASA MALAYSIA MELALUI ONLINE

SaLaM...
Lama rasanya tak coret kat blog ney...
bukan tak nk coret tapi tak da masa...
banyak kerja sangat minggu ney..
apapun...
HaRiNey boleh juga aku coret sikit..:)

ishhhh...ishhhhh
dunia sudah maju...zaman dah berubah!!!
dulu orang selalu pandang rendah pada BAHASA MALAYSIA
kononnya..BAHASA MALAYSIA ney kuno,tak boleh pergi jauh bla...bla..
yang paling sedih sangat orang akan berasa bangga bila dapat cakap dalam bahasa asing...
tapi.. itu semua dulu..

SeKaRaNg!!!!
BAHASA MALAYSIA dah di globalisasikan...
siapa cakap BAHASA MALAYSIA ney tak boleh pergi jauh...
siapa cakap BAHASA MALAYSIA ney tak berkembang....
sekarang kalau kita lihat pelajar asing dengan bangga dan gembiranya belajar BAHASA MALAYSIA...
mereka tidak menganggap pun itu satu bebanan...
hal ini demikian kerana, mereka juga dapat belajar BAHASA MALAYSIA melalui alam maya..
ini bukti BAHASA MALAYSIA juga mengalami kemajuan seiring dengan kemajuan teknologi..
pelbagai cara mereka boleh gunakan untuk mahir dalam BAHASA MALAYSIA
contohnya.. terdapat laman web yang menyediakan ruang untuk belajar BAHASA MALAYSIA..





jangan ingat BAHASA INGGERIS sahaja boleh belajar online BAHASA MALAYSIA pun boleh jugak!!!
kewujudannya menunjukkan bahawa permintaan untuk mempelajari BAHASA MALAYSIA juga tinggi dan menggalakkan..
walau apapun... nak bagi tau dekat sini BAHASA INGGERIS dan BAHASA MALAYSIA memang penting bak mEmAnTaPkaN BAHASA INGGERIS mEngUkuHkAn BAHASA MALAYSIA
::orang bukan melayu sibuk nak belajar bahasa kita jadi kita jaga dan peliharalah bahasa kita::
aku ambek ney dari youtube...
:)selamat menonton video ney:)